Pihak admin Spirulina FC sedang mengadakan perbincangan berkenaan event terbesar tahun ini, iaitu makan di rumah Karim. Seperti tahun2 sebelum ini, Spirulina Fc tidak pernah terlepas dr berkunjung ke rumah karim utk makan. Sementara menunggu mak karim masak utk kitorang makan, kita juga boleh mengadakan friendly match dgn beberapa team di melaka. rasanyer elok kita pergi lepas jersi siap. so, korang bincang la kat sini bila korang free... pasal karim jgn risau, dia xde pon mak dia bole masak. kitorang pon dh hafal dh jalan nk pergi rumah dia... ekeke
Sunday, February 14, 2010
Sunday, March 8, 2009
[Chronology ] Trip To MMU Melaka
- Seperti yg dirancang, trip to melaka utk mengadakan friendly diberi kata putus. Walaupun terdpt beberapa player spirulina yg tdk dpt mengikuti trip ini akibat masalah2 yg x dpt dielakkan.
- Seramai 16 player spirulina termasuk managernya diiringi oleh 3 org pskn penyokong mengikuti trip ni.
- Jumaat [10.30 mlm] : Walaupun waktu berkumpul adelah pada pkl 9.30 mlm, semua player spirulina dpt dikumpul kan pada pkl 10.30 mlm dgn semua player memberi alasan janji melayu. Selepas berbincang manager spirulina mengambil keputusan utk bermalam di umah adek Harez, berikutan umahnya yg tdk jauh dr tmpt tuk berfriendly, ini memudahkan kami utk kesana.
- Sabtu [12.30 pagi] : dgn mengunakan laluan tol Nilai - Ayer Keroh, perjlnn memakan mase yg singkat sahaja. Kete yg mula sampai ditempat perjumpaaan iaitu dpn pintu utama Ixora adelah kete Harez, diikuti kete2 laen.
- [1.00 pagi] : Selepas berbincang, kami bergerak ke kedai buah gelas besar, semasa disana Syahir pjg melihatkan tempolok besarnya dgn mengorder 2 nasi lemak tambah.
- [2.30 pagi] : Dari kedai buah gelas bsr kami menuju ke umah adek Harez, setibanya disana kami disambut mesra oleh adek Harez. Dgn rase tidak malu, kami dgn segera merasekan umah itu seperti umah kami sendiri dan terus berehat.
- [6.30 pagi] : Selepas menunaikan solat subuh, kami bersiap2 utk bersarapan tetapi malangnya hujan lebat membantutkan hajat kami.
- [9.30 pagi] : Kami bergerak utk bersarapan selepas melihat hujan sudah berhenti, setibanya di kedai mamak dpn EP, kami hampa kerana penebar roti canainya tiada, menurut taukenye brader tu mogok sebab x dibayar gaji tuk beberapa bulan.
- [10.00 pagi] : Selepas hanya bersarapankan teh tarik dan roti bakar, kami menuju ke padang belakang mmu melaka. Kelihatan pskn IU FC sudah berada dipdg, mereka memberikan pandangan x puas hati sbab kehadiran lewat kami tetapi dibalas dgn senyuman seindah suria oleh kami tanda minta maaf. Manakala referee yg hadir x abes2 mengingatkan kami yg die nak g majlis kenduri kawen, seolah2 mcm die yg nak kawen.
- [12.30 tgh hari] : Selesainya perlawanan 90 minit antara Spirulina FC menentang IU Melaka FC dgn keputusan berakhir 3-2 berpihak kepada Spirulina FC. Kami pulang semula ke rumah adek Harez utk membersihkan diri .
- [1.30 ptg] : Kami menuju ke Cheng utk mkn tgh ari di Warong Ikan Bakar. Walaupun makanannya yg mahal, kami terpegun kerana kedai itu maseh dipenuhi pelanggan, mungkin disebabkan awek2 yg berkerja dictu boleh blah terutamanya awek cashier =p.
- [3.00 ptg] : Selepas berbincang, manager spirulina mengambil keputusan utk berjln2 di MP dan Dataran Pahlawan walaupun kelihatan player2 spirulina keletihan. Ini kerana tiada friendly yg dpt dilansungkan pada seblah ptgnya.
- [3.30 ptg] : Kami mengambil peluang berjln2 dan bershopping di MP dan Dataran Pahlawan. Kami juga mengadakan perlawanan Daytona antara 5 orang iaitu nenek, haziq, areez, ezwan dan syahir panjang. Dan juaranya ialah haziq, diikuti ezwan, syahir panjang, areez dan nenek.
- [6.00 ptg] : Kami bertolak pulang ke rumah adek Harez utk berehat.
- [8.30 mlm] : Selepas mengucapkan terima kaseh kepada adek Harez n osmatenya kami bergerak menuju ke rumah Karim utk mkn malam. Dimana tujuan utama kami ke melaka adalah semata2 utk mkn mknn free di umah Karim.
- [9.00 mlm] : Setibanya dirumah Karim, kami mendapat tahu yg parentnya tiada dirumah kerana mengikuti ceramah bulanan di dewan berhampiran umahnya. Oleh itu kami dgn rasa x malunya membuat umah Karim seperti umah kami sendiri sambil menjamu selera mskn yg diakui oleh Karim die yg msk semua mknn tersebut.
- [11.00 mlm] : Selepas mengucapkan terima kaseh kepada parent Karim yg br blk dr ceramah, kami bergerak pulang ke cyberjaya.
- Ahad [12.30 pagi] : Dengan mengunakan laluan tol Alor Gajah - Nilai, kami tiba di umah masing2 dlm keadaan kepenatan.
UCAPAN RIBUAN TERIMA KASEH kepada ADEK HAREZ n OSMATE and PARENT KARIM and PEMILIK2 KETE yg telah menjayakan trip ini.
Posted by n 3 n 3 k at 10:22 PM 16 comments
Labels: trip
Friday, March 6, 2009
[Finalize] Trip To MMU Melaka
Waktu Berkumpul : 9.30 mlm (6/3/09)
Tempat : Fadhiya or Umah aku (Dengkil)
Bertolak : 9.45 mlm
Barang Yg Perlu Dibawa : pakaian tuk 2 mlm 1 hari + towel + alatan mandi + pakaian tuk berfriendly (Jersey Or Warna Hitam)
Bayaran : RM20++ (plus duet pocket) makanan x termsk.
Penginapan : Apartment Tinggal Tepi Bukit Beruang =p
Friendly : IU FC (pagi sabtu) Tande Soal FC (petang sabtu)
p/s: sblum bertolak tu mkn la dlu ... sbab sampai melaka dlm pkl 11 mlm ... pastu nak settlekan tempat tggl ... dlm pkl 12 br abes rasenye ... jd isi perut dlu ... pastu br dtg dengkil ... ade ape2 contact aku.
Posted by n 3 n 3 k at 6:52 PM 8 comments
Labels: trip
Tuesday, March 3, 2009
Trip to MMU Melaka

Posted by n 3 n 3 k at 10:15 PM 65 comments
Labels: trip



