Thursday, July 2, 2009

[Friendly] Vs Seryes FC

'comeback'


Opponent: Seryes Fc
Hari: Khamis
Tarikh: 2/7/2009
Tempat: Padang Shell
Result: Spirulina 3-2 Seryes
Scorer: sunan,haziq,hariz wonderboy
Man of the match: yg penting kompem bukan areez.

first half
  1. spirulina memulakan permainan. kehadiran 3 pemain trial sedikit sebanyak membantu.
  2. kehadiran karim ditepi padang dengan berbaju kemaja masih menjadi tanda tanya motif sebenar beliau turun kepdg. sembang bagai nk rak rindu nk men bola. tp dtg berbaju kemeja.tak paham.ketiadaan moja yang dikatakan pergi bercuti ke dusun durian juga agak kurang ajar.bercuti tanpa kebenaran kelab.dan tiada durian untuk rakan2 kelab menyebabkan hampir pasti beliau akan dikenakan hukuman dibaling kulit durian dibelakang badan.
  3. penguasaan spirulina dibahagian tengah agak goyah. nampaknya chemistry antara para pemain belum subur. dtambah dengan pemain trial. menyukarkan lg keadaan.
  4. sehinggalah minit ke15 hantaran areez yang berjaya dipintas oleh penyerang lawan menjadi punca gol pertama. dan nenek menjadi mangsa lemas selepas cokren.sory yer nek.kabar angin juga mengatakan kehadiran haziq telah mengangu gugat fokus para pemain.tapi tidak pasti akan kebenaran perkara tersebut.
  5. gol tersebut sedikit sebanyak mengecewakan para peminat kerana terlalu mudah memberikan gol.
  6. walaupon begitu pemain Spirulina tidak mengalah dan cuba bertahan dan menyerang.
second half
  1. para pemain spirulina cuba untuk mencari gol penyamaan.pertukaran beberapa pemain bertujuan mengawal bola.
  2. malangnya semakin hancur.
  3. gol dicari tiba.namun gol tersebut masuk kegawang sendiri.spirulina ketinggalan 2-0.
  4. ramai peminat mula meninggalkan stadium.tidak kurang juga beberapa peminat yang acah2 untuk membakar trak FRU.
  5. kekecewaan para pemain spirulina tidak dapat dibendung.
  6. kemasukan sunan kedalam spirulina menjadi detik kebangkitan spirulina. kealpaan pertahanan seryes dihidu oleh sunan dan tangkas menyempurnakan peluang yang terhidang didepan mata. Sunan menjaringkan gol Spirulina pertama. Spirulina 1-2 Seryes.
  7. bermula detik ini spirulina tidak menoleh kebelakang. Serangan yang bertubi-tubi dilancarkan kearah gawang seryes yg bertujuan mencari gol penyamaan lantas mungkin memadamkan sedikit kekecewaan.
  8. dan itu dia...gol penyamaan tiba dan haziq menanduk bola dan masuk ke dalam pintu gol. dan terus menaikkan semangat para pemain. bermula disitu pemain spirulina merasakan tiada apa yang boleh menjadi halangan.gol kemenangan bukan sesuatu yang mustahil.
  9. spirulina meningkatkan ancaman dan serangan.
  10. dan apabila permainan kelihatan hampir berkesudahan 2 sama, 'wonder' strike daripada areez menerjah penjuru gawang.keeper hampir kaku dan mengetahui ia memerlukan sesuatu yang sangat luar biasa untuk menafikan serangan tersebut. stadium gelora bung karno bergegar menunjukkan betapa gembiranya para penyokong. sesetengah dari mereka membandingkan sepakan tersebut dgn jaringan indra putra tempoh hari semasa menentang selangor.
  11. keputusan yang menakjubkan dan tiada siapa yang dapat meneka permainan akan berkesudahan sebegini. ia memerlukan keajaiban dan kerja keras daripada pemain untuk mencapai kemenangan ini.tahniah diucapkan kepada para pemain.
sorong papan tarik benang
buah keranji sudah hilang
kalau fikiran mengatakan menang
wonder strike pasti datang

saya hariz melaporkan dari dengkil.sekian~

11 Comments:

-FlipOff- said...

hahaha laju die wat highlight. mcm haram kalo tak score tu memang die tak wat.

Anonymous said...

What the fish!? Hahaha!

Hariz Hussein said...

hahahaha....tula pasal flip...kali ni b aku buat ehk

-FlipOff- said...

hahaha takde hal bro

Sunan said...

hahaharam

OrangBunian said...

wonder strike tue yg xleh blah tuh.haha

n 3 n 3 k said...

ape lancau la arez mencarut.. sepatah ayat pun aku x paham.. ekekeke

Hariz Hussein said...

ah org muar mne paham...

akuinsomnia said...

weh.. lu muar jgn wat men eh.. kang skali gua kasik gegar bp.. mau pecah pool ko tuh.. kakakaka..

Anonymous said...

Man of the match: yg penting kompem bukan areez.

itu isi penting dia

areez said...

ini bdk mmg fail bm..isi penting pon x dpt cari...bkn yg tuh lah...