Monday, February 22, 2010

[Friendly] Vs Seryes FC

Opponent: Seryes FC
Hari: Selasa
Tarikh:23/2/2010
Tempat: Padang Shell
Masa: 5.30 P.M
Attire: T-shirt Hitam
Fee: rm 2.50.
Requirement: Bwk peralatan bersukan secukupnya dan paling penting masing2 bawak air sendiri.

Sekian harap maklum.

Tuesday, February 2, 2010

[Friendly] Vs Seryes FC

Opponent: Seryes FC
Hari: Khamis
Tarikh:4/2/2010
Tempat: Padang Shell
Masa: 5.30 P.M
Attire: T-shirt Hitam
Fee: rm 2.50.
Requirement: Bwk peralatan bersukan secukupnya dan paling penting masing2 bawak air sendiri.

Sekian harap maklum.

Tuesday, November 3, 2009

[Friendly] Vs Kacang FC

Opponent: Kacang FC
Hari: Khamis
Tarikh: 5/11/2009
Tempat: Padang Shell
Masa: 5.30 pm
Attire: Hitam or jersi lama
Fee: RM2 [nak bayar referee]

p/s: cam bese.. sile bagi confirmation anda di ruangan comment.

Thursday, July 9, 2009

[Friendly] Vs Phlamze

Opponent: Phlamze
Hari: Ahad
Tarikh: 12/7/2009
Tempat: Padang Blakang MMU
Masa: 5.30 pm
Attire: Baju Spirulina Baru or Baju Warna Merah
Fee: RM2 [nak bayaar referee]

p/s: cam bese.. sile bagi comfirmation anda di ruangan comment.

Friday, July 3, 2009

[Friendly] Vs Nakal FC

Opponent: Nakal Fc
Hari: Sabtu
Tarikh: 4/7/2009
Tempat: Padang Blakang MMU
Masa: 5.30 pm
Attire: Baju Spirulina Baru or Baju Warna Merah
Fee: RM2 [nak bayaar referee]

p/s: cam bese.. sile bagi comfirmation anda di ruangan comment.

Thursday, July 2, 2009

[Friendly] Vs Seryes FC

'comeback'


Opponent: Seryes Fc
Hari: Khamis
Tarikh: 2/7/2009
Tempat: Padang Shell
Result: Spirulina 3-2 Seryes
Scorer: sunan,haziq,hariz wonderboy
Man of the match: yg penting kompem bukan areez.

first half
  1. spirulina memulakan permainan. kehadiran 3 pemain trial sedikit sebanyak membantu.
  2. kehadiran karim ditepi padang dengan berbaju kemaja masih menjadi tanda tanya motif sebenar beliau turun kepdg. sembang bagai nk rak rindu nk men bola. tp dtg berbaju kemeja.tak paham.ketiadaan moja yang dikatakan pergi bercuti ke dusun durian juga agak kurang ajar.bercuti tanpa kebenaran kelab.dan tiada durian untuk rakan2 kelab menyebabkan hampir pasti beliau akan dikenakan hukuman dibaling kulit durian dibelakang badan.
  3. penguasaan spirulina dibahagian tengah agak goyah. nampaknya chemistry antara para pemain belum subur. dtambah dengan pemain trial. menyukarkan lg keadaan.
  4. sehinggalah minit ke15 hantaran areez yang berjaya dipintas oleh penyerang lawan menjadi punca gol pertama. dan nenek menjadi mangsa lemas selepas cokren.sory yer nek.kabar angin juga mengatakan kehadiran haziq telah mengangu gugat fokus para pemain.tapi tidak pasti akan kebenaran perkara tersebut.
  5. gol tersebut sedikit sebanyak mengecewakan para peminat kerana terlalu mudah memberikan gol.
  6. walaupon begitu pemain Spirulina tidak mengalah dan cuba bertahan dan menyerang.
second half
  1. para pemain spirulina cuba untuk mencari gol penyamaan.pertukaran beberapa pemain bertujuan mengawal bola.
  2. malangnya semakin hancur.
  3. gol dicari tiba.namun gol tersebut masuk kegawang sendiri.spirulina ketinggalan 2-0.
  4. ramai peminat mula meninggalkan stadium.tidak kurang juga beberapa peminat yang acah2 untuk membakar trak FRU.
  5. kekecewaan para pemain spirulina tidak dapat dibendung.
  6. kemasukan sunan kedalam spirulina menjadi detik kebangkitan spirulina. kealpaan pertahanan seryes dihidu oleh sunan dan tangkas menyempurnakan peluang yang terhidang didepan mata. Sunan menjaringkan gol Spirulina pertama. Spirulina 1-2 Seryes.
  7. bermula detik ini spirulina tidak menoleh kebelakang. Serangan yang bertubi-tubi dilancarkan kearah gawang seryes yg bertujuan mencari gol penyamaan lantas mungkin memadamkan sedikit kekecewaan.
  8. dan itu dia...gol penyamaan tiba dan haziq menanduk bola dan masuk ke dalam pintu gol. dan terus menaikkan semangat para pemain. bermula disitu pemain spirulina merasakan tiada apa yang boleh menjadi halangan.gol kemenangan bukan sesuatu yang mustahil.
  9. spirulina meningkatkan ancaman dan serangan.
  10. dan apabila permainan kelihatan hampir berkesudahan 2 sama, 'wonder' strike daripada areez menerjah penjuru gawang.keeper hampir kaku dan mengetahui ia memerlukan sesuatu yang sangat luar biasa untuk menafikan serangan tersebut. stadium gelora bung karno bergegar menunjukkan betapa gembiranya para penyokong. sesetengah dari mereka membandingkan sepakan tersebut dgn jaringan indra putra tempoh hari semasa menentang selangor.
  11. keputusan yang menakjubkan dan tiada siapa yang dapat meneka permainan akan berkesudahan sebegini. ia memerlukan keajaiban dan kerja keras daripada pemain untuk mencapai kemenangan ini.tahniah diucapkan kepada para pemain.
sorong papan tarik benang
buah keranji sudah hilang
kalau fikiran mengatakan menang
wonder strike pasti datang

saya hariz melaporkan dari dengkil.sekian~

Saturday, June 27, 2009

[Friendly] Vs Seryes FC

Opponent: Seryes Fc
Hari: Khamis
Tarikh: 2/7/2009
Tempat: Padang Shell
Masa: 5.30 pm
Attire: Baju Spirulina Baru or Baju Warna Merah
Fee: RM2 [nak bayaar referee]

p/s: cam bese.. sile bagi comfirmation anda di ruangan comment.

Thursday, May 7, 2009

[Friendly] Vs Lanun Rojak

Opponent: Lanun Rojak
Hari: Jumaat
Tarikh: 8/5/2009
Tempat: Padang Shell
Masa: 5.30 pm
Attire: Jersey Spirulina Baru or Baju Warna Merah
Fee: RM2 [nak bayar referee]

p/s: cam bese.. sile bagi comfirmation anda di ruangan comment.

Tuesday, April 28, 2009

[Friendly] Road to Final Exam

Memandangkan kite sudah tersingkir dari saingan MMU Champion League.. Aku maseh dapat merasekan korang maseh bersemangat tuk bermaen bola.. Jadi utk mengisi mase lapang korang.. friendly akan menyusul x lame lg.. jd sape2 yg ade link ngan team2 laen.. bleh la uruskan mengenai2 detail friendly dan inform kat aku.. aku akan try update kat blog..

Utk memulakan friendly road to final exam nie.. LANUN FC ajak friendly petang sabtu nie.. jd sape2 yg nak men silalah tgglkan msg anda di ruangan komen.. n korang jugak digalakkan memberitahu waktu n hari yg sesuai tuk kite berfriendly.. any suggestions digalakkan.. no mencarut2 kat komen.

p/s: sabtu nie x jadi friendly disebab kan x cukup pemain... abeskanlah esemen korg dlu.. baru kite bincang pasal friendly2 nie.

Thursday, April 23, 2009

[Friendly] Vs Lanun All Starz

Opponent: Lanun All Starz
Hari: Jumaat
Tarikh: 24/4/2009
Tempat: Padang Blakang MMU
Masa: 5.30 pm
Attire: Jersey Spirulina Lame or Baju Warna Hitam
Fee: RM2 [nak bayaar referee]

p/s: cam bese.. sile bagi comfirmation anda di ruangan comment.

Monday, April 20, 2009

[Friendly] Vs Cool Utd

Opponent: Cool Utd
Hari: Rabu
Tarikh: 22/4/2009
Tempat: Padang Shell
Masa: 5.30 pm
Attire: Jersey Spirulina Lame or Baju Warna Hitam
Fee: RM2 [nak bayaar referee]

p/s: cam bese.. sile bagi comfirmation anda di ruangan comment.

Monday, April 13, 2009

[Friendly] Spirulina FC Vs Gombak U23

Friendly Analysis

Result : Spirulina FC (3) - (2) Gombak u23
Scorer: Sunan,Jarir,Syahir Pisang
Assist: Haziq,Sunan
Yellow Card: -
Man of The Match : Sunan (terpaksa sb kne ugut xnk byr hutang aku)

Highlight

  1. Match dimulakan dengan pemain Spirulina menjerit "Jarir Cibai!!" untuk memperingati beliau menjaringkan gol untuk team.
  2. Sepak mula dimulakan oleh pasukan Spirulina tapi terus serta merta memberi corner kick kepada pihak lawan melalui defendernya yang masih mamai.
  3. Pasukan lawan banyak bermain long pass dan through ball membuat pemain Spirulina terpaksa menggunakan sepenuh tenaga untuk mengejar bola.
  4. Akhirnya pihak lawan berjaya menjaring gol pertama perlawanan menerusi penyerangnya Syed Amin.Pemain Spirulina cuba membantah gol tersebut kerana offside tapi referee buat dekk jer.
  5. Pemain Spirulina cuba bangkit dan hasilnya gol penyamaan telah berjaya diperolehi.Haziq melorong bola kepada Sunan yang berjaya melepasi barisan pertahanan lawan dan terus menjaring GOLLL!untuk pasukan tuan rumah.
  6. kedua-dua pasukan tidak patah semangat dengan membuat percubaan demi percubaan.
  7. Gol ke-2 Gombak telah diperolehi selepas barisan pertahanan Spirulina agak kucar-kacir.Gol dijaringkan oleh penyerang ke-2 mereka bernama Adly.
  8. kata-kata semangat Jarir Cibai! telah berhasil apabila jarir berjaya menjaringkan gol melalui umpanan Sunan Muntazar Othmani (cam pemain Qatar plk).
  9. 1st half 2-2.
  10. 2nd half bermula dengan keluhan pemain-pemain kerana cuaca panas yang extreme di Cyberjaya.
  11. Dan saat yang ditunggu-tunggu telah tiba,gol kemenangan Spirulina berjaya diperoleh melalui free kick yang diambil Syahir Pisang selepas beliau ditackle oleh pihak lawan.
12.Perlawanan tamat 3-2.Tahniah pemain spirulina.
13.pihak penganjur memohon maaf kerana kelewatan referee dan ingin mengucap ribuan terima kasih kepada team Gombak U23 kerana sudi datang ber'friendly.

syabas semua~!







2 3 Kucing berlari,
Manelah same ngan Gombak u23 sorang,
syukurlah kite menang match lagi,
semoga match dengan Staff kite tetap menang

yahooooo~!

sekian

Wednesday, April 8, 2009

[Friendly] Vs Gombak U-23

Opponent: Gombak U-23
Hari: Ahad
Tarikh: 12/4/2009
Tempat: padang blkg MMU
Masa: 9.00 am
Attire: T-shirt Merah Baru Spirulina
Fee: RM4 [nak bayar referee + 2 linesman]
Requirement: Sape yg ade kamera silalah bawa, kerana ade sesi fotographi esk. Jgn lupe bwk peralatan bersukan secukupnya dan paling penting masing2 bawak AIR sendiri.

Sekian harap maklum.

p/s: cam bese.. sape yg xleh men bg confirmation anda di komen.

Friday, April 3, 2009

Friendly Datang Lagi

1. Vs Lanun Fc - 5/4/09 AHAD [5.30 petang]
2. Vs Gombak FC - 12/4/09 AHAD [8.00 pagi]

p/s: sila tggl kan komen2 bernas anda die ruangan comment.

Wednesday, March 18, 2009

[Friendly] Spirulina FC Vs Lanun FC

Match Analysis
Result : Spirulina FC (2) - (2) Lanun FC
Scorer: Haziq, Syahir Panjang
Assist: Jarir, Syahir Pisang
Man of The Match : _______

Highlight

  1. perlawanan dimulakan dgn ketiadaan player utama lanun, pasukan sorak lanun juga turut bermain untuk lanun
  2. spirulina menguasai sebahagian besar bola pada awal permainan.
  3. beberapa serangan spirulina berjaya ditangkis mahupun tersasar. Tetapi paling memalukan, syahir panjang 1 on 1 hanya sekadar merembat ke arah goalkeeper Lanun berbanding gol yang terbuka luas
  4. Hasil daripada kejadian memalukan tersebut, spirulina memperolehi corner kick. Jarir mengambil corner tersebut dan di volley baik oleh Haziq masok terus ke gol.
  5. Player utama lanun mula sampai, dan substitute dilakukan satu persatu oleh manager Lanun FC, Lomak
  6. Kejadian memalukan part-II, jarir yang menggelecek defender Lanun berjaya juga melepasi goalkeeper, tapi sayang, beliau rembat angin semata2.
  7. Gol-2 spirulina dijaringkan oleh Syahir panjang akibat kesilapan defender lanun yang kucar kacir di hadapan goalkeeper
  8. Spirulina bolos akibat through pass cantek oleh player lanun, dan diikuti finishing striker mereka
  9. 2nd Half menyaksikan semua defender spirulina ditukarkan.
  10. Jarir dan azhar menguasai sebahagian besar dibahagian tengah. 2nd half dimulakan dgn percubaan bahaya sunan, tapi disave keeper lanun
  11. Sunan sekali lagi memperoleh peluang, tapi rembatan beliau hanya sekadar kene tiang gol.
  12. Jarir juga memperoleh peluang daripada gerakan 1 -2 bersama sunan, tetapi sekali lagi beliau memalukan diri sendiri merembat bola ke luar padang+tinggi+jauh(cecah jalan raya)
  13. Arep kutriam bolos sekali lagi akibat bola refleks oleh defender spirulina dan dirembat baek oleh player lanun. Akibat daripada gol ini, arip injured dan digantikan oleh Khairul "Cokrain" Anwar
  14. Game diteruskan, byk percubaan menarik, tetapi tiada hasil sehingga wisel tamat. Spirulina 2 - Lanun FC 2
kalo ade sumur di ladang,
bolehlah tuan hamba tumpang mandi,
banyak sudah dapat peluang,
tapi akhirnyer masih seri






Arep yang dibawa kluar akibat injured
Oleh kerana ketiadaan paramedic, ezwan terpakse membuka silat membawa Arep kluar, manakala sunan happy melihat kejadian tersebut

Saya FlipOff melaporkan dari hostel, Sekian

Saturday, March 14, 2009

[Friendly] Vs Lanun FC

Opponent: Lanun FC [jersey biru]
Hari: Isnin
Tarikh: 16/3/2009
Tempat: Padang Shell
Masa: 5.30 pm
Attire: Jersey Lame or Baju warna Hitam
Yuran: RM 2 [nak byr ref]
Requirement: Pakaian bersukan, jgn lupe bwk air sendiri

p/s = sape ade hutang air 100 plus yang sedap tu, sila lar jelaskan
Sekian harap maklum

Wednesday, March 11, 2009

Friendly Sampai Lebam

waktu yg dirasekan sesuai utk wat friendly sblum bertemu Victory Fc

1. Jumaat [13/3/2009] Vs [xde keeper]
2. Sabtu or Ahad [14 or 15/3/2009] Vs Um FC (pilih sama ade nak sabtu or ahad)
3. Isnin [16/3/2009] Vs Lanun FC
4. Rabu [18/3/2009] Vs ?? (sape ade exam arini??)
5. Jumaat [20/3/2009] Vs Victory FC

ni je waktu yg kite bleh maen sblum cuti.. naek cuti trus lwn Mantis FC.. Jadi harap semua dapat mengONkan diri... klu dah xleh tu xpe la.

ps: tulis pndgn anda di comments

[Friendly] Spirulina VS Seryes FC

Match Analysis
Result : Spirulina FC (1) - (0) Seryes FC
Scorer: Adam
Assist: Jarir
Man of The Match : Jarir

Highlight

  1. perlawanan diadakan dalam keadaan hujan renyai tetapi sedikitpon tidak mematikan semangat kesukanan pemain spirulina.
  2. spirulina menguasai sebahagian besar bola pada awal permainan.
  3. beberapa serangan spirulina berjaya ditangkis mahupun tersasar.
  4. rembatan on target dari areez menyebabkan keeper seryes terlepas dan sunan menghabiskan dengan tendangan mudah melepasi keeper.malangnya gol tersebut offside.
  5. sehinggalah masuk minit ke 15, hantaran bola dari sunan berjaya mengkonpiuskan defender dan adam berjaya melepasi perangkap offside.
  6. adam membawa bola dengan tenang dan hasilnya.GOL!!!!!!!
  7. separuh masa kedua pemain spirulina terus mengekalkan rentak dan menguasai sebahagian besar bola.
  8. pertahanan dipaksa bekerja keras.
  9. kema dan azhar menguasai sebahagian besar dibahagian tengah.dan kema dengan tindakan berani matinya berjaya mematikan gerakan2 merbahaya dari seryesfc.
  10. beberapa peluang dari penyerang spirulina gagal disempurnakan menyebabkan spirulina terpaksa berpuas hati dengan satu gol.
  11. tahniah barisan pertahanan kerana berjaya mendapatkan clean sheet.ezwan ditanya selepas perlawanan mengatakan ketiadaan abg freekick(x sengaja) berjaya menjadi inspirasi kepada beliau dalam mengekalkan benteng pertahanan supaya tidak dibolosi.
  12. pengadil meniupkan wisel tanda tamat perlawanan.
  13. kemanangan kedua berturut-turut sedikit sebanyak menaikkan moral pemain spirulina dalam menghadapi cabaran sebenar didalam perlawanan liga.
  14. diharapkan pemain spirulina dapat kekalkan rentak kemenangan.
  15. syabas!!!!!!
sorong papan tarik batu
buah keranji dalam peti
menang game satu persatu
esok lusa champion pasti


p/s: Time kaseh kepada para penyokong yg hadir td.. Sedikit sebanyak menaekkan semangat kami yg x seberapa ini.. klu bleh dtg la slalu =)



Tuesday, March 10, 2009

[Friendly] Vs Seryes Fc

Opponent: Seryes FC
Hari: Rabu
Tarikh: 11/3/2009
Tempat: Padang Shell
Masa: 5.30 pm
Attire: Jersey Lame or Baju warna Hitam
Yuran: RM 2 [nak byr ref]
Requirement: Pakaian bersukan, jgn lupe bwk air sendiri

Sekian harap maklum


gambar kamera-cokrain boleh download di sini
Gambar Melake - Kamera Cokrain


gambar kamera-moja boleh download di sini
Gambar Melake - Kamera Moja

Sunday, March 8, 2009

[Friendly] Spirulina VS IU Melake FC

Match Analysis
Result : 3 - 2
Scorer: Haziq x 2, Nenek
Assist: Jarir
Man of The Match : Haziq

Highlight
- Spirulina terpakse bermain dgn lineup yang dirotate2 kerana ketiadaan awal jarir, syahir pisang, dan moja yang dipercayai membuang air besar secare berjemaah.
- sebaik sahaja game dimulakan, spirulina fc tros menyerang dengan percubaan berbahaya daripada Syahir Panjang yang disave keeper dan dapat balik kepada beliau. Tetapi 2nd shoot syahir panjang bagaikan bermain rugby kerana beliau menelan 2 'Nasi Lemak Tambah' pada malam sebelum game.
- IU FC bermain begitu tersusun dan membuat beberapa player spirulina fc sungguh pancit dan tak terkate
- Spirulina fc mendahului dulu dgn jaringan cantek freekick dari Haziq. Freekick beliau telah diktiraf FIFA sebagai 'Best Freekick' pada season ini dan berjaya menggugat pakar2 freekick seperti Beckham, Ronaldo dan Nakamura.
- Goal awal dari Spirulina telah menyebabkan IU FC membuat beberapa attack yang berbahaya
- Akhirnyer, spirulina FC bolos akibat shoot daripada ayie yang amat sukar utk Cokrain capai
- Kemudian, jarir, syahir pisang, moja dimasokkan ke padang untuk menukarkan rentak game
- Tak lame kemudian cokrain sekali lagi bolos dgn percubaan IU FC dari jarak jauh.
- 2nd half, beberapa pertukaran dilakukan utk memantapkan lg serangan pasukan spirulina.
- menyaksi kedua-dua belah mula menyerang bertubi2. Cokrain juga dapat menyelamatkan percubaan berbahaya IUFC dipercayai kerana tempat beliau berdiri seperti tasik memaksa beliau keluar ke hadapan sedikit.
- Byk kecederaan berlaku pada 2nd half. Banyak juga pertukaran dilakukan oleh kedua-dua pihak
- Byk percubaan spirulina yang berbahaya seperti Moja yang menanduk bola hanya melintasi palang goal
- Nenek aka manager membuat keputusan untuk bermain dan membuat pertukaran dengan Kema.
- Tidak lame kemudian Nenek score buat kali pertamanya akibat defend IU FC yang menanduk bola kepada beliau. Rembatan beliau yang tidak lah kencang sangat yang dikatakan oleh penonton tidak dapat diselamatkan penjaga goal IU FC yg hanya terpaku melihat bola bergolek perlahan kearah pintu golnya. Kedudukan skrg 2-2.
- Akibat gol itu, semua player spirulina bermain dgn semangat sekali utk mencari jaringan seterusnya.
- Beberapa percubaan dari Nenek hanya lah seperti melepas batok ditangga, dimana Sunan kelihatan mengharapkan bola sampai ke arahnya, sebaliknya nenek tidak berbuat sedemikian.
- Tidak lame kemudian, jarir yang berjaya membuat larian dan berjaya shoot tetapi ditahan oleh defender IU FC. Tetapi Haziq berjaya mendapatkan bola tersebut lalu menjaringkan gol ke-2 beliau pada game ini. Kedudukan skrg 3-2.
- beberapa serangan dari IU FC dapat dipatahkan oleh barisan defend spirulina.
- Spirulina teros semangat utk bertahan daripada serangan IU FC sehingga wisel tamat ditiupkan oleh Referee. Keputusan akhir, Spirulina FC 3 IU FC 2

Syabas buat kemenangan pertama Spirulina Fc dibawah bimbingan Nenek. Semoga semua player dapat buat yang terbaik pada match seterusnya. Saya FlipOff melaporkan dari hostel. Sekian.

p/s= gambar akan diupdate kemudian